Menurut sejarah bermulanya penempatan di
sini adalah dengan kedatangan sekumpulan lelaki dari seberang yang terdiri
daripada pahlawan Selangor seperti Tengku Kudin Raja Asal Tok Lisut. Mereka
mula berkumpul di ‘Kolang’ (Kelang) dan selepas itu mereka menghulu ke sungai
dan sebahagiannya telah singgah dibeberapa tempat termasuklah Kampung Dusun Tua
sekarang ini.
Dahulunya kawasan ini merupakan sebuah
kawasan dusun buah-buahan yang dijadikan tempat perjumpaan para perantau.
Terdapat sebatang pokok durian tembaga yang telah usinya dan oleh kerana tempat
ini tidak mempunyai nama maka mereka telah bersepakat untuk menamakan
penempatan ini sempena pokok durian tua dengan nama Dusun Tua.
Sejarah Tok Budu
Kampung ini pada asalnya diduduki oleh sekumpulan
orang asli yang kecil jumlahnya. Orang asli pertama yang meninggal dikenali
sebagai Tok Budu. Tok Budu merupakan seorang yang gagah dan beliau telah
memelihara harimau, buaya dan labi-labi. Semua binatang peliharaannya dianggap
sebagai penjaga kampung. Harimau yang dipeliharanya mempunyai kaki yang kecil
sebelah, ia akan bertindak sekiranya penduduk melakukan perkara-perkara yang
tidak baik seperti bersekedudukan.
Harimau tersebut akan memusnahkan semua
tanaman dan ternakan mereka. Buaya pula adalah penjaga sungai, menurut sejarah
buaya ini berwarna putih dan labi-labi peliharaannya pula dikatakan mempunyai
saiz yang melebihi sebuah dulang. Labi-labi adalah penjaga lubuk yang banyak
terdapat ikan. Apabila Tok Budu meninggal dunia kuburnya telah dianggap keramat
oleh penduduk pada masa itu.
Betui ka macam mengarut ja cerita ni
ReplyDeleteBet on the Best Baccarat Odds - Fbcasino
ReplyDeleteBet on the best Baccarat Odds at FBCasino. View our latest bet types septcasino & lines, plus new and 제왕 카지노 existing febcasino player bonuses.