Asal Suku Penduduk Dusun Tua




Kebanyakkan penduduk Dusun Tua terdiri daripada suku kaum Mandaling dan dipecahkan kepada beberapa marga (suku) seperti;


- Lubis 
- Nasution 
- Batu Barq 
- Rangkuti
      - Hasibuan
      - Daulay
- Sariger 
- Harahap
      - Manambun
- Matondans 
- Tolu 
        - Tanjung


Mereka ini telah tinggal di dalam kebun yang diusahakan sendiri dan secara gotong-royong antara tanaman yang banyak diusahakan ialah pokok durian yang benihnya diambil daripada pokok durian tembaga yang digunakan sempena nama kampung ini. 

Rumah yang dibina semuanya tinggi kerana takut diganggu oleh binatang buas. Disebabkan selalu diserang oleh gajah-gajah liar yang merosakkan tanaman , mereka telah berpindah ke kawasan ke pinggir jalan.



Ketika itu datang seorang pahlawan gajah yang bernama Tok Jamantari bin Jamungga. Tok Jamanari bertubuh sasa dan gagah, beliau amat dikenali kerana kebolehannya membunuh gajah-gajah liar dan beliau pernah dijemput untuk membunuh gajah di Bukit Kerayung (Nama Kampung Sekarang) selain daripada itu beliau  juga mempunyai kekuatan tumbukkan dan tendangan. Pernah satu ketika beliau menumbuk kudanya hingga mati selepas kudanya menendang beliau dan menyebabkan giginya patah. Tubuhnya sasa dikatakan boleh mengangkat sebatang pokok selebar sungai untuk dibuat jambatan dan kayu itu dikenali dengan nama paha kijang. Tetapi beliau mati setelah ditusuk gading gajah selepas terperangkap dalam rumpun buluh ketika bertarung dengan gajah-gajah liar. Beliau mempunyai 13 orang adik-beradik dan keturunannya masih ada di Pagarogati (Kini dinamakan Padang Terbakar).

Selain Tok Jamantari, di Dusun Tua ini terdapat ramai mereka-mereka yang mempunyai kegagahan dan kekuatan luar biasa. Diantaranya Tok Mohd Karim yang bertubuh kecil tetapi  bijak. Ia juga digelar Amarekana kerana kebolehannya membuat kincir angina untuk menumbuk padi.
Begitu juga dengan Deraman Darek yang berkebolehan menjinakan binatang liar dan Nenek Jauhum  yang mampu mengangkat benda yang besar dan berat. Manakala Nenek Taib atau digelar juga Pak Jo’oh yang terkenal dengan kebengisannya yang mempunyai ilmu kebatinan dan persilatan yang tinggi.

Pada ketika itu pendudukan kampung mempunyai Panglima yang gagah seperti Panglima Bayung Panjang dan Panglima Kakap. Menurut cerita yang tidak begitu jelas mereka adalah dari tujuh sahabat Panglima Selangor.

4 comments:

  1. Tahniah kepada Pelajar2 Bac. Komunikasi Eksekutif Semester 4,5&9,
    Falkulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,
    Universiti Putra Malaysia, Kampus Serdang kerja sudi bekerjasama dengan pihak belia2 kg Dusun Tua terutamanya Gerakan Belia 4B Msia Caw. Setia Dusun Tua dan Pertubuhan Belia Kg. Dusun Tua. Jutaan terima kasih kerna membantu membuka Blog dan Facebook Kg. Dusun Tua, Tahniah diucapkan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih & sama-sama. Kerjasama anda semua sangat2 berharga buat kami.

    ReplyDelete
  3. Saya salah seorang cucu Jamantari Jasamungga

    ReplyDelete
  4. 888 casino: $200 welcome bonus, bonus, sportsbook
    888 casino 사이트 추천 is available with some bonuses. See what 원주 출장안마 to expect at 888casino 제천 출장샵 NJ and get it on your Android or iOS 전라남도 출장마사지 device. 김해 출장마사지

    ReplyDelete