Asal Suku Penduduk Dusun Tua




Kebanyakkan penduduk Dusun Tua terdiri daripada suku kaum Mandaling dan dipecahkan kepada beberapa marga (suku) seperti;


- Lubis 
- Nasution 
- Batu Barq 
- Rangkuti
      - Hasibuan
      - Daulay
- Sariger 
- Harahap
      - Manambun
- Matondans 
- Tolu 
        - Tanjung


Mereka ini telah tinggal di dalam kebun yang diusahakan sendiri dan secara gotong-royong antara tanaman yang banyak diusahakan ialah pokok durian yang benihnya diambil daripada pokok durian tembaga yang digunakan sempena nama kampung ini. 

Rumah yang dibina semuanya tinggi kerana takut diganggu oleh binatang buas. Disebabkan selalu diserang oleh gajah-gajah liar yang merosakkan tanaman , mereka telah berpindah ke kawasan ke pinggir jalan.



Ketika itu datang seorang pahlawan gajah yang bernama Tok Jamantari bin Jamungga. Tok Jamanari bertubuh sasa dan gagah, beliau amat dikenali kerana kebolehannya membunuh gajah-gajah liar dan beliau pernah dijemput untuk membunuh gajah di Bukit Kerayung (Nama Kampung Sekarang) selain daripada itu beliau  juga mempunyai kekuatan tumbukkan dan tendangan. Pernah satu ketika beliau menumbuk kudanya hingga mati selepas kudanya menendang beliau dan menyebabkan giginya patah. Tubuhnya sasa dikatakan boleh mengangkat sebatang pokok selebar sungai untuk dibuat jambatan dan kayu itu dikenali dengan nama paha kijang. Tetapi beliau mati setelah ditusuk gading gajah selepas terperangkap dalam rumpun buluh ketika bertarung dengan gajah-gajah liar. Beliau mempunyai 13 orang adik-beradik dan keturunannya masih ada di Pagarogati (Kini dinamakan Padang Terbakar).

Selain Tok Jamantari, di Dusun Tua ini terdapat ramai mereka-mereka yang mempunyai kegagahan dan kekuatan luar biasa. Diantaranya Tok Mohd Karim yang bertubuh kecil tetapi  bijak. Ia juga digelar Amarekana kerana kebolehannya membuat kincir angina untuk menumbuk padi.
Begitu juga dengan Deraman Darek yang berkebolehan menjinakan binatang liar dan Nenek Jauhum  yang mampu mengangkat benda yang besar dan berat. Manakala Nenek Taib atau digelar juga Pak Jo’oh yang terkenal dengan kebengisannya yang mempunyai ilmu kebatinan dan persilatan yang tinggi.

Pada ketika itu pendudukan kampung mempunyai Panglima yang gagah seperti Panglima Bayung Panjang dan Panglima Kakap. Menurut cerita yang tidak begitu jelas mereka adalah dari tujuh sahabat Panglima Selangor.